Melayu sekarang kahwin dengan warga asing Islam boleh daftar anak sebagai Melayu - Saifuddin

oleh Social Online · · 📝 Blog
Melayu sekarang kahwin dengan warga asing Islam boleh daftar anak sebagai Melayu - Saifuddin
PETALING JAYA: Anak warganegara berketurunan Melayu yang berkahwin dengan warga asing beragama Islam boleh didaftarkan sebagai Melayu, Dewan Rakyat diberitahu.

“(Perkahwinan sah) warganegara asing beragama Islam dengan warganegara Malaysia berketurunan Melayu, ibu atau bapa kanak-kanak boleh memilih sama ada kanak-kanak tersebut didaftarkan mengikut keturunan ibu atau bapa, sama ada berketurunan Melayu atau mengikut keturunan warganegara asing berkenaan,” katanya dalam jawapan bertulis Parlimen.

Saifuddin menjawab soalan Pang Hok Liong (PH-Labis) yang bertanya sama ada warga asing yang berkahwin dengan orang Melayu Islam boleh dianggap sebagai Bumiputera dan menikmati hak serta keistimewaan berkaitan.

Katanya, perkahwinan antara warganegara asing beragama Islam dengan warganegara Malaysia berketurunan Melayu tidak mengubah keturunan warganegara asing tersebut kepada keturunan Melayu.

Di bawah Perlembagaan, seorang Melayu ditakrifkan sebagai seseorang yang menganut Islam, lazimnya bertutur dalam bahasa Melayu, menurut adat istiadat Melayu, dan memenuhi kriteria Perlembagaan berkaitan berhubung kelahiran atau pemastautinan di Persekutuan sebelum Hari Merdeka.
Kongsi: WhatsAppFacebookTelegramX (Twitter)LinkedInEmel
Sertai Kampung Sembang

Daftar percuma untuk menulis, menyiarkan tawaran dan berhubung dengan ahli lain.

Daftar percuma

Lagi blog