penjawat awam dilarang guna Waze untuk lindungi maklumat kerajaan, data peribadi
KUALA LUMPUR: Kerajaan memutuskan untuk melarang penggunaan aplikasi navigasi Waze dalam kalangan seluruh penjawat awam bagi melindungi maklumat kerajaan dan data peribadi pengguna daripada ancaman penyalahgunaan oleh rejim Israel.
Pejabat Perdana Menteri, dalam kenyataan memaklumkan keputusan itu diambil selepas mengambil kira kedudukan Waze Mobile Ltd selaku pengawal data pengguna yang diperbadankan dan beroperasi di bawah undang-undang negara berkenaan.
"Maklumat sensitif kerajaan dan data peribadi rakyat mesti dilindungi daripada diperalat rejim Israel hingga menjejaskan keselamatan serta kedaulatan negara.
"Pada masa sama, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyarankan seluruh rakyat Malaysia supaya turut berhenti menggunakan aplikasi Waze dan beralih kepada aplikasi alternatif tempatan seperti TuJu dengan mengambil kira jaminan keselamatan serta perlindungan data peribadi yang ditawarkan," katanya.
Menurut kenyataan itu, pendirian Kerajaan MADANI adalah tegas dan akan menutup sebarang ruang yang boleh dimanfaatkan oleh rejim Israel untuk mengancam keselamatan negara dan rakyat.
Beliau berkata, langkah alternatif itu dicadangkan berikutan risiko keselamatan maklumat dan data pergerakan rakyat susulan penggunaan aplikasi Waze yang terikat di bawah undang-undang Israel.
Katanya, usaha itu penting bagi memastikan pendigitalan perkhidmatan awam terus memberi manfaat kepada rakyat tanpa mengabaikan keselamatan, kepercayaan dan kedaulatan negara.
Dalam mesyuarat JKSN semalam, turut dibincangkan adalah pelaksanaan Akta Keselamatan Siber 2024, keselamatan MyDigital ID, persediaan menghadapi ancaman komputer kuantum melalui kriptografi pascakuantum (PQC), ancaman baharu berasaskan kecerdasan buatan autonomi serta perlindungan Infrastruktur Maklumat Kritikal Negara (NCII).

Manusia Paling Kaya Di Dunia Hasil Daripada Pasaran Forex
Kisah Bagaimana Bank Negara Malaysia Pernah Rugi RM31.5 B...
GIATMARA Keningau latih 10 golongan rentan buat kabinet m...
MTL bermula Selasa ini, hujan lebat hingga Januari bawa r...