cederakan bapa saudara guna sabit dipenjara 24 bulan
KUCHING: Gara-gara perselisihan faham berhubung penyodok tanah, seorang lelaki dijatuhi hukuman penjara 24 bulan selepas mencederakan bapa saudaranya menggunakan sabit.
Hakim Mahkamah Sesyen Shafiza Datu Abdul Razak Tready menjatuhkan hukuman terhadap Rahman Kamarudin, 33, selepas dia mengaku bersalah atas pertuduhan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan.
Mengikut pertuduhan, Rahman mencederakan bapa saudaranya yang berusia 47 tahun menggunakan sabit di sebuah rumah di Kampung Bintawa Ulu, Petra Jaya, kira-kira jam 2.15 petang pada 7 Oktober lalu.
Berdasarkan fakta kes, mangsa berada di kawasan rumahnya sebelum didatangi tertuduh yang membawa sabit lalu menyerangnya sehingga berlaku pergelutan.
Mangsa mengalami luka di bahagian bawah dada kanan dan menerima sembilan jahitan di Hospital Umum Sarawak(HUS).
Siasatan mendapati kejadian dipercayai berpunca daripada perselisihan faham berhubung penyodok yang dipinjam Rahman tetapi gagal dipulangkan.
Seorang saksi mengesahkan tertuduh masih memegang sabit ketika pergelutan berlaku, manakala seorang lagi merakam kejadian itu dari tingkap rumahnya.
Laporan polis dibuat selepas kejadian sebelum Rahman ditahan di Kampung Rampangi pada 12 Oktober lalu.
Mahkamah turut dimaklumkan bahawa tertuduh mempunyai beberapa rekod kesalahan lampau, termasuk kes curi dan penyalahgunaan dadah.
Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Marvind Kaliyani, manakala tertuduh tidak diwakili peguam. Kes disiasat oleh Inspektor Logeswara Tharumalay@Krishnan.

Manusia Paling Kaya Di Dunia Hasil Daripada Pasaran Forex
Kisah Bagaimana Bank Negara Malaysia Pernah Rugi RM31.5 B...
GIATMARA Keningau latih 10 golongan rentan buat kabinet m...
MTL bermula Selasa ini, hujan lebat hingga Januari bawa r...