'Kereta terbang' Tesla mungkin akan berdepan tindakan undang-undang, denda jutaan dolar
WASHINGTON: Pengeluaran besar-besaran 'kereta terbang' boleh menyebabkan Tesla berdepan tindakan undang-undang dan berpotensi dikenakan denda berjuta-juta dolar berikutan isu keselamatan, menurut Profesor Emeritus Jay Ritter, Pengarah The IPO Initiative di Jabatan Kewangan, Insurans dan Hartanah Eugene Brigham, Warrington College of Business, Universiti Florida, kepada RIA Novosti.
Pada Ogos 2025, Tesla tewas dalam tuntutan mahkamah bagi mendapatkan ganti rugi berhubung kemalangan maut membabitkan kenderaan yang menggunakan sistem Autopilot pada 2019.
Mahkamah mengarahkan syarikat itu membayar AS$243 juta.
"Kos menanggung kekalahan dalam tuntutan mahkamah sebanyak AS$100 juta menyebabkan Tesla memutuskan bahawa tahap kebolehpercayaan 99.999999 peratus sekalipun masih tidak mencukupi. Amat sukar untuk menghasilkan kereta terbang dengan tahap kebolehpercayaan setinggi itu," kata Ritter ketika mengulas pembentangan Tesla Roadster 'terbang'.
Beliau menambah bahawa Tesla menangguhkan pelancaran perkhidmatan 'robotaxi' selama beberapa tahun, khususnya disebabkan kebimbangan mengenai tahap kebolehpercayaannya.
Minggu lalu, Tesla memperkenalkan kereta sukan elektriknya, Roadster.
Dalam demonstrasi itu, kenderaan berkenaan melompat melepasi halangan, berpusing pada paksinya, terapung seketika di atas permukaan tanah sebelum mendarat dengan selamat, sambil terbalik ketika mendarat.
Pada Jumaat, Presiden AS Donald Trump berkata beliau kagum dengan demonstrasi syarikat milik usahawan AS, Elon Musk itu, walaupun beliau berkemungkinan tidak akan menaiki kenderaan baharu berkenaan.
Musk kemudian berikrar bahawa Roadster akan mampu melakukan aksi tertentu dalam mod autonomi dan mempunyai keupayaan 'sedar'.

Manusia Paling Kaya Di Dunia Hasil Daripada Pasaran Forex
Kisah Bagaimana Bank Negara Malaysia Pernah Rugi RM31.5 B...
GIATMARA Keningau latih 10 golongan rentan buat kabinet m...
MTL bermula Selasa ini, hujan lebat hingga Januari bawa r...